Wednesday 18 December 2013

Pendermaan & Pemindahan Organ dalam Islam

assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya memang teringin sangat nak pindahkan organ saya mahupun darah saya kepada orang-orang yang memerlukan. setiap kali ada aktiviti pendermaan darah, saya selalu teruja nak derma..tetapi saya rasa sedih sebab setiap kali saya nak pergi derma ..dah 4 kali dah pergi try..tapi tak boleh sebab berat tak cukup 45kg.. padahal masa tu cuma 44.8 kg je pon..saya marah sangat kat nurse tu..saya tahu bukan salah dia tapi saya terkilan sebab tak dapat nak derma darah. saya pernah derma darah sekali saja..tu pon darah saya diambil setengah botol saja sbb dr takut sya pengsan. tapi serius saya tak rasa apa-apa pon..tak sakit mcm org dok takutkan tu pon..cuma lepas derma darah tu rasa pening sikit la... dan kawan cakap muka saya sangat pucat. masa tu saya tak terus sambung ke kelas sbb kawan saya suruh saya balik rest kat bilik. tapi anyway..pengalaman tu serius best..

disebabkan saya tak boleh sgt nak derma darah..tiba2 saya terpikir.. kan bagus kalau dapat derma organ..ayah saya sakit buah pinggang..yang memerlukan RM33,000 setahun untuk dibelanjakan bagi rawatan mencuci darah..tidak termasuk pengangkutan, masa yg sekurang-kurangnya 6 jam dan makanan. saya pernah menyuarakan hasrat hati saya kat my future roommate . tapi dia tak menggalakkan saya..katanya kita boleh derma tapi ikut kepada keperluan.. macam abah mungkin akan guna sekejap ja..jadi sama je hasil dia..lain la kalau derma kat budak2 sbb dengan usia dia macam tu..mungkin dia akan guna lebih lama..kalau la saya guna sebelah je nanti..nak hidup lama lagi..kalau rosak yg sebelah tu kena tunggu org lain dermakan pulak. lagi susah.

bukannya saya tak sayangkan abah..sayang sangat2.. tapi betul jugak cakap dia..lepas tu..saya ada search kat website tertentu dan beli buku mengenai pemindahan dan pendermaan organ ni...ni antara ilmu yg boleh saya kongsikan.

Derma : bantuan yang berupa wang kepada kumpulan dan lain-lain iaitu pemberian ikhlas dan sedekah kepada orang miskin.
Pendermaan : perihal@ perbuatan mendermakan.
penderma : orang yang menderma.

manakala..

Pindah : mengalihkan sesuatu @ melakukan perubahan ke atas sesuatu.
Pemindahan : perbuatan memindahkan / mengalihkan

organ : alat dalam tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yang mempunyai tugas yg penting.

transplan (umum) : memindahkan, mengubah, menanam dan pindahan.
transplan (tersirat) : penukaran organ yang telah rosak dan digantikan dengan organ penderma untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan.

definisi pemindahan organ ini terbahagi kepada dua ;-
# pengalihan organ drp penderma kepada penerima untuk mengambil tempat organ yang rosak pada badan penerima.
# menggantikan organ yg gagal berfungsi dengan baik pada tubuh badan seseorang dengan organ baru daripada seorang penderma.

antara yang boleh didermakan :-
* organ : buah pinggang, jantung, hati, paru-paru atau tulang

* tisu : kulit, kornea, injap jantung dan lain-lain.

sumber : google

ada dua pandangan mengenai hal ini...

# situasi pertama : diharuskan #
pemindahan organ manusia yg telah mati kepada yang hidup dengan empat syarat...

  1. hendaklah orang yang diambilkan organnya telah mengizinkannya sebelum matinya dan dia waras, sudah baligh dan tiada paksaan atau diizinkan oleh walinya setelah kematiannya.
  2. hendaklah terbukti bahawa pemindahan itu akan berjaya @ berhasil pada umumnya.
  3. hendaklah dipastikan bahawa pemindahan itu semata-mata untuk berubat dan bukan untuk maksud dan tujuan lain.
  4. tidak ada unsur kontrak jual beli dalam pemindahan organ tersebut.
# situasi kedua : tidak diharuskan @ dibolehkan dalam beberapa keadaan berikut. #
  • mengambil organ daripada org yg telah mati demi menyelamatkan manusia lain yg memerlukan dengan syarat org yg diambil itu telah mengizinkan dan seorang mukallaf.
  • mengambil organ drp binatang yg halal dimakan dan telah disembelih atau selain itu, dalam keadaan darurat untuk digantikan kepada manusia yg memerlukan.
  • mengambil sebahagian drp badan manusia untk menampalkan atau dipindahkan ke bahagian lain daripada badannya sendiri mengikut keadaan yg diperlukan,
  • memasukkan sesuatu benda ke dalam badan manusia sebagai cara berubat daripada penyakit..contohnya : memasukkan besi ke tulang.
4 syarat pemindahan organ yang perlu dipatuhi sebelum menjalani pemindahan organ orang yg hidup kepada orang yg memerlukan iaitu...
  1. hendaklah persetujuan memberi itu atas kerelaannya bukan dengan paksaan.
  2. hendaklah pemindahan organ itu merupakan usaha yg terakhir serta dalam keadaan darurat bagi mengubati pesakit.
  3. hendaklah dipastikan bahawa operasi mengambil organ dan memindahkannya kepada pesakit itu umumnya berjaya menghasilkan faedah yg diharapkan.
  4. janganlah orang yg mengambil organnya itu menempuh bahaya yg akan mengganggu keadaan hidupnya yg biasa.hal ini kerana bahaya tidak boleh dihapuskan dengan melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya lain yg sama berat dengannya. jika berlaku demikian, bererti org itu mendedahkan dirinya kepada bahaya dan hukumnya adalah tidak harus dari segi syarak.

kunjungi laman sesawang utama : http://www.dermaorgan.gov.my/
Derma Organ

Sumber : Buku Pemindahan & Pendermaan Organ
Oleh : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
~ Terima kasih Dr. Zulkifli atas info ni ~



~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: