Sunday 9 November 2014

Wanita : Jom kenali diri kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada kali ini saya ingin mengajak semua terutama kita sebagai seorang wanita memahami akan kejadian diri kita sendiri. Saya pun masih belajar tetapi apa kata kita belajar sama-sama mengenali diri kita.

Baiklah, seperti yang diketahui umum, asal usul kejadian wanita ini telah diceritakan secara detail di dalam al-quran tetapi kat sini saya hanya ingin mengambil intipati penting sahaja melalui kisah Nabi Adam a.s.

Ringkasannya, Nabi Adam a.s semasa tinggal di syurga memerlukan seseorang untuk menjadi peneman apabila baginda melihat makhluk lain berpasang-pasangan, jadi Allah s.w.t telah menciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam yang bengkok untuk menemani Nabi Adam.

Berdasarkan kisah ini, dapatlah kita ketahui tujuan Hawa iaitu kaum wanita dicipta. Kaum wanita menjadi pengaruh kuat kepada golongan lelaki dalam segenap aspek. Kaum wanita ini juga menjadi peneman kepada golongan lelaki dan memberikan kesenangan kepada mereka. Walaupun tujuan asal sebegini, tidak bermaksud golongan wanita selayaknya ditindas oleh golongan lelaki. Sebaliknya lelaki perlulah menjadi pemimpin kepada kaum wanita kerana wanita ini dikatakan wanita ini lemah dan perlu dibimbing.

Manusia dijadikan berpasang-pasangan untuk kenal-mengenali dan saling berkasih sayang serta berkembang biak.Kejadian lelaki dan perempuan ini memiliki perbezaan yang tersendiri dari sudut fizikal dan kemampuannya yang mampu melengkapi antara satu sama lain. Allah dah cipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. 

Manusia tidak kira lelaki atau wanita secara normally akan mengalami beberapa fasa iaitu..

Fasa kelahiran -> Fasa tumbesaran -> Fasa Akil baligh -> Fasa dewasa -> Fasa tua -> Fasa kematian


Namun, apa yang saya nak fokuskan kat sini bagi membincangkan perihal wanita.

wanita biasa tidak seperti barbie doll ni 

Secara umumnya pula, wanita ini merupakan salah satu daripada dua jantina bagi manusia iaitu lelaki dan perempuan. Panggilan lain ialah gadis, anak dara, dan betina. Dari bayi, seseorang ibu atau bapa dapat mengesahkan jantina anak mereka dengan adanya perbezaan alat kelamin tetapi perbezaan ini mula ketara dalam fasa akil baligh. 

Percaya atau tidak, Wanita ini merupakan golongan yang istimewa.. 

kenapa saya katakan begini?

Golongan wanita mampu melakukan sebahagian besar pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki tetapi hakikatnya golongan lelaki tidak mampu melakukan banyak perkara yang dilakukan oleh wanita. Misalnya,terdapat sesetengah golongan wanita yang boleh melakukan kerja-kerja buruh, kerja-kerja pejabat dan sebagainya. Namun, golongan lelaki tidak sehebat wanita yang mampu melakukan kerja-kerja rumah dan mengandungkan seorang lagi insan lain dalam rahimnya. Hal ini kerana sifat semulajadi yang terdapat dalam diri wanita iaitu sifat keibuan- sifat penyayang, lemah-lembut, dan mengambil berat.

Seperti yang telah saya katakan tadi, golongan wanita melalui zaman kanak-kanak sama seperti golongan lelaki tetapi selepas akil baligh, sifat-sifat tertentu akan wujud dalam diri setiap wanita mahupun lelaki seperti pemalu dan pendiam biasanya pada awal perubahan hormon akibat daripada perubahan fizikal dan dalaman.

thanks En.Google
ilustrasi hanya untuk pembelajaran


Fokus kepada proses akil baligh wanita

Kita abaikan bab lelaki, sekarang kita fokus kepada hal kita sebagai wanita. 

Hai.. awak-awak semua, kena ambil tahu tau perkara ni penting walaupun dah tau, jangan la abaikan hal ni. Sebenarnya semasa saya menaip ni pun saya cuba belajar sikit dengan cara not copy paste.. but cuba fahamkan satu-satu.. harap-harap ilmu ini saya dapat kongsi sama-sama dengan wanita lain kat luar sana.

Habis bab membebel, sekarang jom kita kaji sikit demi sikit walaupun tak la begitu mendalam sangat. Seperti semua tahu, akil baligh ini berlaku pada usia 9 tahun sekurang-kurangnya, namun kebiasaannya pada usia 11 tahun dan paling lewat 15 tahun. Ambil perhatian ye, kalau umur 15 tahun ke atas tu, tak period-period lagi (bahasa yang mudahnya), minta sangat-sangat jumpalah doktor pakar sakit puan ye. Kitaran haid ini berlaku sehingga menopaus kecuali waktu hamil.

Nak bercerita kejap, pernah sebelum ni, ada seseorang pernah bercerita tentang pengalamannya sendiri, dia berasa pelik kerana tidak datang period lagi sedangkan masa tu dia dah 16 tahun dah. Kemudian, dia berjumpa dengan dr pakar sakit puan dan terus disarankan operation kerana dia tidak memiliki lubang faraj. Alhamdulillah, sekarang dia dah ok dah.. Terdapat juga ibubapa pada zaman sekarang sudah prihatin dan mengambil langkah pencegahan awal dari bayi lagi.

Proses akil baligh akan menyebabkan perubahan-perubahan yang telah dinyatakan dalam gambar sebelum ini. Akibat daripada proses akil baligh ini, bermulalah tanggungjawab setiap wanita untuk menjaga tubuh badan dengan lebih ketat. Bahagian yang paling penting dan ditekankan penjagaannya dalam islam ialah bahagian payu dara dan juga kawasan kemaluan. Syariat Islam menyarankan kita melabuhkan tudung hingga ke paras bawah dada dan menjaga kemaluan agar terjaga maruah diri.


kawasan kemaluan wanita


Bagaimanakah proses kitaran haid berlaku?






setiap wanita mempunyai 450 000 telur yang tersimpan dalam ovary sejak bayi dalam keadaan tidak berkembang. Semasa berumur 9 tahun ke atas, apabila seseorang wanita itu mengalami haid yang pertama. Salah satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan. Kitaran haid mengandungi 3 fasa iaitu fasa perembesan, fasa pembiakan dan fasa haid. Pada setiap bulan, otak akan menghantar maklumat kepada ovari untuk menghasilkan folikel. folikel yang dominan akan berkerkembang menjadi sel telur dewasa dan akan dilepaskan dan ditangkap oleh hujung fallopian tiub yang bercabang-cabang. kemudian telur akan digerakkan hingga ke uterus. folikel adalah kumpulan sel yang mengelilingi sel telur untuk menyuburkannya.Pada masa ini dinding rahim sedang menebal sebagai persiapan untuk pertumbuhan telur yang telah disenyawakan.

Fasa perembesan Selain itu,Ovary juga menghasilkan hormon Estrogen dan Progesteron. Apabila hormon Estrogen tinggi,hormon ini akan memberikan maklumat kembali ke otak untuk melepaskan LH : Luteinizing Hormone. Untuk persediaan telur untuk disenyawakan, FSH : Follicel Stimulating Hormone mula mengeluarkan dari genetiknya.Ini tanda mulanya reproduksi. Folikel kemudian melepaskan hormon estrogen dan progesteron yang membuat lapisan uterus dapat menerima telur yang disenyawakan. 

Fasa pembiakan =
Dalam perjalanan menuju ke uterus, ada dua perkara  kemungkinan berlaku pada telur diterima oleh sperma atau tidak iaitu Jika telur ini disenyawakan oleh sperma dalam perjalanannya itu, ia akan terus menanamkan diri ke dinding rahim apabila sampai di bahagian rahim dan membesar menjadi bayi dan plasenta.

Fasa haid =
 Jika telur tidak disenyawakan dalam tempoh 24 jam, telur akan berhenti berkembang dan hancur sebelum sampai uterus. Sebagai gantian, uterus akan mengeluarkan lapisannya dalam bentuk menstruasi / haid selama 4- 5 hari. Proses ini berulang pada setiap bulan bagi wanita yang tidak hamil.

terima kasih en.google 
Apa itu haid?

Dari segi bahasa, As-Saylan yang bermaksud mengalir.Dipanggil juga sebagai azayan iaitu kotoran.
Umumnya, darah haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita ke farajnya pada masa tertentu dan dalam keadaan sihat jasmaninya.Darah ini keluar tanpa disedari oleh wanita. Baunya agak busuk tidak seperti bau darah biasa.

Warna darah haid?
Darah haid biasanya berwarna merah @ merah sedikit kehitaman tetapi jika darah warna lain (coklat / merah cair) itu juga dianggap sebagai haid selagi dalam tempoh haid. haid ini bersifat suam @ hangat.
  1. Hitam = berbau busuk dan agak panas
  2. Merah = berbau busuk dan agak panas
  3. Kelabu = berbau (xbusuk sangat) dan agak panas
  4. Kuning tua @ coklat = berbau dan agak panas
  5. Kuning cair @ kuning keputihan = tidak berbau sangat, lebih kurang keputihan, masa nak habis period.


Tempoh kitaran haid

Biasanya satu kitaran haid purata berlangsung selama 28hari. Tempoh mengalami haid sekurang-kurangnya 1 hari dan semaksimumnya 14 hari. lepas tempoh ini, darah itu dianggap darah penyakit dalam islam. normalnya, 5 -7 hari.

Usia putus haid
mengikut syarak, sehingga umur 60 tahun. jika lebih daripada 60 tahun, dikira darah penyakit (istihadhah)

Perkara yang perlu adik-adik lakukan sekiranya mengetahui diri adik-adik haid untuk pertama kalinya :
  1. Pastikan jenis darah yang terdapat pada seluar dalam.
  2. Beritahu ibu adik dengan segera dan minta ibu adik ajarkan cara pemakaian tuala wanita yang betul.
  3. Seeloknya gunalah tuala wanita jenis 'wing' bagi memudahkan pergerakan adik-adik kerana kali pertama pemakaian akan berasa janggal sedikit.
  4. Pakai tuala wanita @ modes ini pada seluar dalam yang baru yang bersih.
  5. Basuh seluar dalam yang telah dikotori dengan darah menggunakan sabun pencuci dan bilas sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. (cara yang sama digunakan untuk membasuh tuala wanita yang telah dipakaidan jika terkena pada pakaian)
  6. Tukar tuala wanita dalam tempoh 4-5 jam sekali dan sekurang-kurangnya 3 kali sehari (jika beraliran banyak)
pesanan : perlu diingat, JANGAN membuang tuala wanita yang masih terkena darah terus ke dalam tong sampah kerana ada tigabenda yang menjadi makanan syaitan iaitu darah,asap dan tulang. berhati-hati ye. kalau period kena baju, jangan terus masuk mesin basuh, cuci dulu, sabun dan selawat, baru bubuh dalam mesin basuh.


Gejala awal berlakunya haid ialah
  • Sakit perut / senggugut
  • sakit di bahagian payudara
  • perubahan sikap dan emosi
  • pertumbuhan jerawat
  • mengidam pelbagai jenis makanan
  • sakit pada bahagian punggung
  • terlalu dahaga air minuman
  • sakit di sekeliling pinggang
  • sakit kepala dan kelelahan
  • rasa loya
  • tidak dapat konsentrasi dalam tempat sejuk
  • rasa lengah/cramp di bahagian paha hingga kaki
Perkara yang tidak boleh dilakukan semasa haid :
  • membaca dan memegang al-quran
  • bersetubuh bersama suami (jika telah berkahwin)
  • tidak boleh puasa
  • tidak boleh solat
  • tidak boleh masuk ke dalam masjid
  • tidak boleh tawaf masa ihram haji @ umrah
  • tidak boleh rujuk semula dalam tempoh haid jika berlaku penceraian











~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: