Thursday 2 April 2015

Sejarah dan Definisi Proses Pembacaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

‘Membaca’dalam pengertian yang lebih kompleks merupakan suatu proses yang kompleks menghubungkan aspek pengetahuan, kebolehan dan kemahiran mental dan fizikal dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran membaca ini berkait rapat dengan kemahiran lain seperti menulis, mendengar dan bertutur. Pada pendapat saya, melalui pembacaan, seseorang pembaca dapat memperolehi pengetahuan dan pengalaman daripada penulis untuk dijadikan panduan hidup.

 Jika kita perhatikan, kemahiran membaca ini telah wujud pada dekad ke 80 - 90-an setelah wujudnya sistem tulisan yang telah menyumbang kepada pembentukan tamadun manusia. Sistem penulisan ini telah melahirkan suatu arus pembelajaran bahasa dan tulisan. Melalui sistem penulisan ini yang berkembang dari masa ke semasa membolehkan manusia menyampaikan ilmu dan memudahkan proses mengingat sesuatu perkara. Maka, telah wujud golongan yang bertindak sebagai penulis dan proses percetakan berlaku sehingga ke hari ini. Sehingga membolehkan semua golongan merasai dan mengikuti corak pembacaan yang berbeza melalui perkembangan tulisan masa kini.

Corak pembacaan yang berbeza itu bermaksud dalam kehidupan manusia terbahagi kepada beberapa corak pemikiran. Jadi sebelum penulis ingin menulis sesuatu perkara perlu mengambilkira aspek si pembaca, kebiasaannya penulisan ikuti orang pemahaman tentang had umur si pembaca. Gaya  yang diketengahkan lebih kepada fiksyen (penulisan yang bercorak imiginasi ) dan non-fiksyen ( penulisan yang berunsur akademik).
  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: