Friday 29 January 2016

wanita : jom kenali diri anda (BHG. 4 - Cairan kewanitaan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ..

Kali ni saya nak kongsi sikit tentang wanita lagi,. sambungan daripada entry sebelum ini ... http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/01/wanita-jom-kenali-diri-anda-bhg-3-ubat.html

Ha, adik-adik yang akak kasihi sekelian, untuk pengetahuan adik, wanita ada dua saluran pada kemaluan wanita yang keluar darinya cairan yang boleh membatalkan wuduk iaitu..
1. Saluran untuk keluar kencing.
Sebarang cairan yang keluar dari saluran ini dianggap najis dan membatalkan wuduk. Cairan yang keluar daripada salur kencing ini ialah air kencing @ urine dan juga air wadi.. air mazi,,.
2. Saluran untuk keluar anak..
Sebarang cairan yang keluar dari saluran ini dianggap suci serta tidak membuatkan pakaian atau badan menjadi bernajis.. namun begitu, ia akan membatalkan wuduk.  Cairan yang keluar daripada salur ini ialah air mani..
Bentuk kecairan :-
1. Cairan kekuningan ( al - sufrah ) adalah cairan berwarna kuning yang keluar dari seorang wanita.  Biasanya cairan ini dilihat sehari sebelum datang nya haid atau sehari setelah habis haid..
2. Cairan keruh ( al - kudrah ) adalah cairan yang keluar dari seorang wanita yang berubah warnanya menjadi keruh. Iaitu berwarna merah tetapi merahnya tidak jelas.. cairan ini akan berlaku pada pendahuluan haid dan diikuti rasa sakit memulas..
3. Cairan putih adalah cairan yang berwarna putih atau colourless yang didorong oleh rahim ketika berhenti nya haid.. cairan ini biasanya juga disebut sebagai keputihan..
Jenis cairan :-
1. Air wadi adalah cairan yang biasanya keluar bersama air kencing. Warna putih kental dan tidak berbau.. biasanya keluar semasa seseorang wanita itu melakukan aktiviti lasak atau aktiviti memenatkan bukan kerana syahwat ye.. air wadi ini seperti keputihan..air wadi ini dianggap sebagai najis dan akan membatalkan wuduk..
* bagi adik2 yang baru tahu pasal ni, akak nak ingatkan adik2 yang dah period, WAJIB pakai pantiliner.. sebab apa?
Akak terang dulu ye pasal air wadi ni.. okey, kalau adik2 rasa penat sangat , contohnya lepas buat aktiviti berat ke bersukan ke bekerja seharian ka,.. dan tiba2 rasa ada cairan tengah mengalir kat underware tu tengok2 bukan period pon.. maksudnya air wadi la tu.. air wadi ni  tak boleh bawak solat ye,. Maksudnya.. adik2 kena bersihkan dulu bahagian kemaluan.. cuci bersih2.. buang pantiliner dan gantikan yang baru..( ha,. Ni la sebabnya kenapa perlu bawak dan pakai pantiliner ye adik2 sebab kalau tak pakai pantiliner kena tukar panties atau underware tu ye,, tak boleh pakai dah underware yang sama ye ) .. dah siap.. baru boleh solat macam biasa ye sayang.. :*
2. Air mazi adalah cairan bening dan lengket  yang keluar ketika sedang bercumbu atau terfikir  untuk melakukan persetubuhan dan sebagainya.. air mazi ini juga keluar di awal terbitnya syahwat.. sesetengah orang tidak merasa keluarnya  cairan mazi ini.. cairan ini adalah najis dan akan membatalkan wuduk.. wajib memercikkan air di bahagian yang terkena air mazi dan berwuduk semula jika telah berwuduk,, air mazi pon kena buat benda yang sama macam contoh air wadi tu sekiranya nak solat dan  sekiranya belum sampai keluar mani..
3. Air mani adalah  cairan pekat berwarna putih pada seorang lelaki manakala bagi wanita berwarna kuning nipis.. cairan mani ni bersifat suci tetapi wajib mandi selepas keluarnya.. cairan mani ini keluar kerana syahwat atau mimpi..air mani keluar secara memancar atau memancut dan terasa nikmat,.

No comments: