Tuesday 17 May 2016

Kahwin oo kahwin ( persediaan kemahiran diri untuk berkahwin )

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Menarik bukan tajuk kali ni.. kahwin.. 

semua orang ingin berkahwin.. sebagai tanda kita mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. 

memang bagus untuk berkahwin.. bagi saya, tiada masalah bagi seseorang wanita untuk berkahwin tetapi wanita perlu sedar banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk memastikan rumah tangga kita mencapai mawaddah wa rahmah..

Sudah kah anda termasuk saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita muslimah yang juga memegang watak sebagai seorang isteri, anak , dan ibu dalam sesebuah keluarga.. ???

Jom kita buat perbandingan melalui pemerhatian!

Menjadi isteri bukanlah semudah yang disangka. 

Selepas bergelar isteri, banyak tanggungjawab yang menanti untuk dipikul.. dan tanggungjawab itu juga lah yang banyak memberikan pahala yang besar kepada kaum wanita.. 

ya!

 Pahala sebenarnya yang dicari selepas kahwin.. 

semua wanita nak kahwin sebab meyakini lepas kahwin lebih banyak pahala yang dapat dikumpulkan.. sehingga ada wanita yang sanggup berkata, " beruntunglah mereka yang berkahwin awal itu." ..

tetapi sedar atau tak, menjadi isteri juga memudahkan kita untuk mendapat lebih banyak dosa.. muncul pula golongan wanita yang berkata , " untunglah bagi mereka yang belum berkahwin itu. "
Sebenarnya dua2 untung, sekiranya dua2 melakukan tanggungjawab dengan penuh amanah.. tanggungjawab isteri itu bermula selepas proses ijab kabul..

Apa tanggungjawab isteri?

Perkahwinan adalah suatu perkara yang menghalalkan ikatan kasih sayang antara lelaki dan wanita.. ini bermaksud telah wujud konsep perkongsian dalam segenap aspek.. tidak boleh lagi dilakukan secara individu.

jadi, setiap perkara yang membawa kepada permasalahan perlulah dilakukan melalui proses musyawarah kerana selepas berkahwin kita bukan lagi bergerak secara sendirian tetapi kita memiliki seseorang yang perlu dikongsikan. Berbeza dengan semasa bujang yang membolehkan kita membuat keputusan secara berseorangan..

Setelah berkahwin, banyak perkara yang akan berubah..

Kita perlu menerima sebarang situasi..

1. Bangun pagi ada seorang lelaki yang sado ada disebelah, seorang lelaki yang baru kita kenali tidur diatas katil bersama kita. Pengalaman baru yang akan dialami oleh setiap wanita yang baru berkahwin yang sebelumnya katil itu hanya diri sendiri saja yang memenuhi ruang katil tersebut, kini terpaksa berkongsi katil dengan orang yang begitu asing dalam hidup sebelumnya..menerima buruk baik suami kita tu yang jenis berdengkur ke, yang jenis tidur berjalan ke, yang jenis ketap gigi bila tidur ke yang jenis tidur tanpa mandi ka yang jenis bangun lambat ka.. semua kena terima dengan sabar dan tidak bersungut.. jika kita nak luahkan rasa ketidakpuasan hati, bawalah berbincang dengan baik.

2. kita perlu bangun awal daripada kebiasaannya dalam memenuhi kehendak suami untuk makan dan sebagainya. Segala urusan perlu dilakukan dengan lebih teliti dan ikhlas. Pengalaman baru yang terpaksa dilakukan mulai hari itu sehingga ke akhir hayat.. kebiasaanya boleh bangun lewat tapi tidak lagi..

3. kita hendaklah memastikan setiap tindakan yang dilakukan mendapat redha ilahi, tutur kata yang menyenangkan hati suami serta senyuman yang membahagiakan.. kita kena sambut suami dengan senyuman dan kata-kata yang baik. Saya pernah baca satu buku yang menerangkan tentang adab bersama suami iaitu apabila suami sedang gembira, kita tak boleh sesekali menunjukkan muka masam dan rasa marah atau rasa sedih ketika itu, dengarlah apa yang diperkatakannya dan senyumlah disaat dia memerlukan senyuman dan kekuatan daripada kita walaupun pada ketika itu kita sedang marah atau sedih, dan belajarlah untuk memahami dan fokus ketika suami memberitahu ketidakpuasan hatinya kepada sesiapa atau ketika dia menceritakan masalahnya atau kesedihannya, dan ketika ini, janganlah pula senyum atau gembira diatas kedukaannya. tenangkanlah dia.

4. sekiranya ingin keluar rumah atau membenarkan orang masuk ke dalam rumah atau membeli sesuatu menggunakan duit suami, perlulah mendapat keredhaan dan persetujuan suami. 
Perkara ni mungkin dah terbiasa sebab sebelum kahwin pon kita diajar dirumah, untuk memberitahu ibubapa jika ingin keluar atau melakukan sesuatu perkara. Jadi tidak begitu rumit untuk dilakukan.

5. sekiranya suami tiada di rumah, dia perlu menjaga harta suami dengan baik dan memelihara kehormatan diri. benda paling penting jangan bagi orang luar sewenang-wenangnya masuk ke dalam rumah tanapa izin suami.Yang ni, mmg sya buat.. kalau mak tak dak, sya akan minta org yang mencari mak tu untuk hubungi mak sya.

6. bermulanya proses untuk menjadi chef terkemuka dalam family, proses mempelajari pelbagai teknik memasak yang semasa bujang tidak pernah dilakukannya langsung. jika dulu, bangun sahaja ada makanan atas meja, bila dah kahwin kita kena uruskan makan minum suami dan anak-anak, dah tak boleh bangun lewat lagi dah.. mesti uruskan makan minum suami seawal sebelum suami pergi kerja, sediakan bekal untuk suami makan ketika rehat tengah hari. kena belajar bab masakan kesukaan suami dan sentiasa upgrade cara masakan kat rumah. kalau yang dah expert tu boleh lah bantu ringankan beban suami dengan menjual kuih-muih atau makanan di luar kawasan perumahan untuk menambah pendapatan isi rumah.

7. menjadi isteri ini memerlukan kepakaran seseorang untuk menjadi pengurus yang berjaya kerana wanita terpaksa mengagihkan masa dengan sebaik mungkin untuk menguruskan rumahtangga tambahan pula sekiranya isteri yang bekerja.. agihkan masa dengan baik terutama bila ingin melakukan 2 pekerjaan iaitu surirumah dan bekerja makan gaji atau online bisness.. jangan sampai mengabaikan anak-anak dan suami. jika tak mampu, berhentilah bekerja terutamanya apabila kita gagal membentuk anak-anak sebagai contoh, anak-anak mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan, maka ambillah inisiatif berhenti kerja dan tumpukan sepenuh perhatian kepada anak atau hantarlah anak ke pusat tuisyen supaya anak-anak dapat pendidikan yang baik. lagi pun, dalam agama sendiri menyarankan apabila seseorang wanita itu ingin bekerja amatlah digalakan namun sekiranya sampai satu tahap apabila suami merasakan dia mampu untuk menyara keluarganya maka wanita itu hendaklah berhenti kerja supaya dapat memberi layanan terbaik buat anak dan suami. hal ini kerana ramai wanita masa kini yang lebih suka bekerja kerana mereka merasakan senang apabila memiliki wang saku sendiri jika dibandingkan untuk meminta daripada suami mereka sehingga ada di antara mereka yang sanggup mengabaikan keluarga kerana melebihkan pekerjaannya.

8. apabila seorang wanita itu berkahwin, banyak aspek yang perlu dipelajari terutama dari aspek melayan suami. sampaikan saidatina Aisyah sendiri menyatakan sekurang-kurangnya wanita perlu bercelak sebagai tanda berhias untuk suami ( yang ni bagi yang tidak tahu mekap la).. sekurang-kurangnya.. kalau kita sewaktu bujang tidak menyukai akan mekap, kita perlu juga belajar mekap untuk berhias didepan suami kerana itu merupakan pahala besar untuk wanita.

9. kebanyakan wanita moden masa kini tidak terlalu menitik beratkan soal kebersihan dan kekemasan.. jadi, perlu diingati dan difahami, kita akan berkahwin dengan seorang lelaki yang sifatnya jauh beza dengan kita, mereka bukanlah selembut kita dan bukan sekemas kita, jadi cuba bayangkan kalau kita dapat suami yang tidak pentingkan bahagian kekemasan dan kita pon memiliki sifat yang serupa, agaknya macam mana lah keadaan rumah kita? jadi kita lah sebagai wanita kena ambil inisiatif untuk mempelajari cara mengemas rumah, melipat pakaian dan sebagainya. contoh buku yang boleh kita baca :-

thanks en.google

10. tidak semua wanita mahir dalam menjahit, tetapi belajarlah menjahit walaupun hanya jahitan jelujur kasar. tetapi bonus bagi seorang suami yang memiliki isteri yang mahir menjahit pakaian lengkap.. apabila wanita itu menjahit pakaian bagi suami dan anak-anaknya, pahala akan menjadi milik wanita itu selama mana ahli keluarganya memakai pakaian tersebut.. wahhhh.. seronokkan bila kita dapat menjahit baju untuk insan tersayang.. lebih berpahala pula, kalau kita menjahit dan menjualkannya kepada golongan yang memerlukan.. pahala berlipat kali ganda tu.. :)

ha..macam mana? dah bersedia untuk berkahwin?

Timbalah ilmu sebelum berkahwin agar kita tabah mengharungi segala rintangan sesama bersama pasangan.. sebab apa?

sebab apabila kita berkahwin, kita akan hidup dengan dia bukan sehari dua.. kita akan hidup dengan dia mungkin 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun atau 40 tahun macam mak dengan ayah kita bertahan tu...

yang penting dalam rumahtangga, kena jaga jangan sampai bercerai sebab Allah kan tak suka penceraian, anggaplah bercerai tu sebagai jalan paling akhir... selagi boleh kekang, kita kekang.. 

contoh masalah penceraian macam kat bawah ni, kadang-kadang benda simple pon boleh bercerai.. jadi berdoalah supaya Allah sentiasa teguhkan iman dan kesabaran kita..

thanks mr.google

jadi, benda sikit-sikit macam kat atas tu, kita fikirlah dua tiga kali sebelum bercerai.. kalau tak mahu fikir tentang diri sendiri, fikirlah tentang anak-anak kita.. sebab tu pentingnya ilmu sebelum berkahwin..

Ada satu benda saya nak cerita...

Erm... Bila kita dewasa ni.. mak dgn family kita dah mula mampu terima yang kita ni dah dewasa dan sudah bersedia untuk bina hidup baru..

Suatu hari mak dgn akak kongsi rahsia rumahtangga..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mereka nasihatkan aku , 

Nanti bila ang dah kahwin ang tau la..dalam hubungan suami isteri ni yang paling penting kena banyak bersabar.. kena terima kekurangan pasangan kita.. kalau ada benda yang kita rasa tak elok kat depa yang sikit2 tu pejam mata dan pekak kan telinga sja.. 

Cthnya : dia lupa something yang nampk remeh ka pa ka.. dia asyik bgi alasan ka pa ka.. dia selalu lambat ka apa ka.. 

Benda2 remeh mcm tu kita tak yah la ambik hati sgt..

Kecuali la kalau depa ni jenis yang curang ka jenis yang perongoih ka jenis yang tak hormat kat kita ka.. jenis yang amik dadah ka ..apa ka..yang jenis macam tu tak palah kalau kita nak marah2..

Selagi tak dak kaitan dgn benda tu semua.. benda2 yang sikit2 kita tak yah la besaq2.. sebab kita tak tau berapa lama kita nak hidup dgn dia lagi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itu lah hari yang aku rasa mak dgn kak aku dah anggap aku ni dah dewasa.. sebab depa layan aku mcm mana yang sepatutnya aku jadi.. 

Rindu kenangan tu..

Sebenarnya yang mahalnya time2 mcm tu la.. 
Bila ingat balik, rasa malu pon ada time tu.. 

#thanks mak dgn akak tak pernah jemu nasihatkan adik ti..

Jadi macam mana? rasa okey ka?

benda yang ramai orang takut untuk berkahwin  ni ada dua faktor utama iaitu yang pertama, takut suami mengongkong dan yang kedua, hubungan dengan mak mertua..

Bab hubungan dengan mak mertua ni, memang agak berat sikit jika salah langkah, jadi kita kena selalu belajar mendekati ibu mertua kita atau dalam bahasa kedah panggil 'kita kena pi dok hemoih sedia mak mertua kita tu" supaya dia mudah rasa sayang kat kita.. biasanya bapa mertua okey ja.. yang risaunya ibu mertua la.. 

but its okey, kalau kita layan orang baik, orang akan layan kita baik.. in shaa Allah.. bersangka baiklah ye.. :*


yang baik kita jadikan teladan atau ikutan, yang buruk kita jadikan sempadan atau pengajaran.. okey?

jumpa di entry yang lain pula.. 

# semua ilmu yang saya bagi kat blog saya ni bukan atas diri sendiri tapi atas ilmu yang saya baca daripada buku-buku rumahtangga.. jadi saya kongsikan kat sini supaya semua boleh baca.. bukan semua orang mampu beli buku bagi setiap masalah atau perkara yang mereka ingin tahu,.

jadi saya kongsikan untuk mudahkan orang lain disamping sama-sama amal ye.. 

terima kasih bagi yang setia kunjung blog saya ni.. sayang semua.. :*





No comments: