Wednesday 11 May 2016

Kasihnya terbahagi ( POLIGAMI )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni, kita akan bincang tentang poligami...

Poligami sememangnya sah dalam agama dan merupakan jalan yang lebih baik dalam perhubungan kekeluargaan kerana ia dapat membendung penceraian dalam kalangan rumahtangga. Poligami ini bukanlah sesuatu yang harus dilakukan tetapi ianya hanyalah rukhsah ( keringan ) dalam keadaan darurat sahaja. 

sebagai contoh : 
1) isteri pertama nya tidak mampu memberikan zuriat kepadanya kerana kemandulan, sakit dan sebagainya.
2) terdapat wanita lain yang terpaksa hidup bersusah payah kerana kematian atau kehilangan suami.
3) nafsu suami terlalu kuat sehingga sukar untuk ditunaikan oleh isteri pertamanya. kerana nafsu wanita semakin berkurang selari dengan pertambahan usia mereka manakala nafsu suami semakin bertambah walaupun usianya bertambah.

bagi membolehkan berpoligami, rasa tanggungjawab dan keadilan yang tinggi perlu ditanam dalam diri. Keadilan yang dimaksudakan menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan minum , pakaian , jaminan keselamatan dan tempat tinggal. tetapi sekiranya seorang lelaki tidak mampu berbuat adil cukuplah hanya ada seorang saja isteri untuknya.

Si suami hendaklah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada isteri secara jelas . maksudnya isteri menyedari akan perbuatan suami untuk meminta dimadukan. seterusnya membuat kebenaran bertulis daripada mahkamah. sekiranya gagal melakukan dua perkara ini, denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

mengapa perlu berdaftar??

supaya dapat menjaga hak wanita atau isteri pertama si suami dan anak-anak bagi isteri pertama dan kedua atau yang seterusnya kerana apabila berlakunya kematian, jika tidak didaftarkan akan menyebabkan kesulitan dalam menuntut harta pusaka dan pada masa akan datang banyak proses yang terpaksa dilakukan untuk menuntut harta pusaka itu. hal ini kan melambatkan lagi proses tersebut disebabkan tiadanya bukti pernikahan yang didaftarkan.selain itu juga, sekiranya berlaku penceraian isteri kedua sukar untuk menuntut nafkah zahir daripada suami selepas bercerai begitu juga dengan isteri -isteri yang lain. jadi , sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, BERDAFTARLAH ...
dan jika anda merupakan wanita kedua atau ketiga atau keempat itu, ambil tahu sama ada bakal suami anda sudah berdaftar atau tidak. jangan main redah je janji halal ke pe ke.;.

sekiranya anda sebagai suami yang menjalankan poligami, seeloknya buatlah jadual yang teratur untuk isteri-isteri anda sebagai usaha anda untuk berlaku adil kepada pasangan anda.

# INFO UNTUK SUAMI : BAGAIMANA UNTUK BERLAKU ADIL?

1.Penempatan 
- jika ditempatkan isteri-isteri dalam sebuah rumah , pastikan mereka berada dalam bilik yang berasingan.
- jika isteri pertama rumah teres dua tingkat, maka begitu juga isteri yang lain.

2. Pakaian
- jika isteri kedua dibelikan baju bernilai rm200 maka, suami perlulah memberikan isteri pertamanya baju yang sama atau baju berlainan pada nilai yang sama.
- sekiranya isteri pertama tidak mahu menerima baju berkenan, suami tetap perlu memberi rm200 tersebut dalam bentuk note.

3. Nafkah
- jika isteri kedua @ ketiga @ keempat mendapat wang perbelanjaan daripada suami bernilai rm500 sebulan maka isteri pertama juga perlu mendapat jumlah yang serupa. jika mereka memiliki anak, wang yang harus diberikan perlulah dibahagi sama rata dan dikira dengan teliti. serta dicatat penggunaan perbelanjaan nya.

4. Giliran Bermalam
- Sunnah : jika lelaki itu berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama 7 malam sekiranya wanita itu janda, selama 3 malam. ( kelonggaran ini diberikan pada awal- awal perkahwinan tanpa perlu mengqadhakan balik kepada isteri-isteri yang sedia ada.
- selepas beberapa bulan pertama, everything back to normal ,okey.. sekiranya isteri pertama 3 malam,. isteri yang lain pon tiga malam. kecuali ada isteri bermurah hati bagi malam-malam yang sepatutnya dia bersama suami nya kepada isteri lain.

5. Bermusafir
- suami wajib membuat undian sekiranya dia menginginkan salah seorang mengikutnya bermusafir.

lelaki, amacam berani ke nak berpoligami... ni yang saya terangkan baru sedikit bukan secara detail lagi, nak detail lu pikir la sendiri .. hidup ini tak semudah dan seindah yang kita harapkan.. nampak poligami ini macam mudah tetapi bila dah alami sendiri baru akan tahu, betapa susahnya sehingga kadang-kadang terpaksa korbankan kepentingan peribadi.

# NASIHAT KEPADA ISTERI PERTAMA

Teringat lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi indonesia , Astrid - Mendua

Ku tak habis pikir, kurangku di manaKau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap, namun terlalu jauhImajinasiku terberaiTerdiam aku beku tanpamuDimanakah letak hatimu?
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir


Begitu sekali penangan rasa sakit ketika diduakan atau ditigakan atau diempatkan.. huhuhu.,. :'(

Sebagai isteri pertama, anda ada 3 hak utama yang perlu di pertahankan iaitu
1. Anda boleh mempertikaikan kewajaran tindakan suami untuk berpoligami terutama apabila si suami selama perkahwinan mereka telah pun gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami kepada anda mahupun anak2.. anda boleh melawan tuntutan suami anda di mahkamah.  Yang penting ,anda ada bukti yang kukuh dan juga saksi..bukan sekadar luahan emosi.. tambahan pula kalau suami anda si pendera,. Ambil bukti deraan dan simpan. . Sangat penting!!!

2. Anda boleh mengenalpasti pembahagian perbelanjaan yang patut dilakukan untuk anda dan anak2 oleh suami anda dan juga menetapkan syarat tertentu tentang pembahagian waktu bermalam.

3. Kenal pasti dan bahagikan terus harta2 yang dikumpulkan bersama sepanjang tempoh perkahwinan anda dan suami.  Walaupun sekadar suri rumah, anda ada hak 1/3  ke atas harta suami anda. Anda juga berhak menerima hak yg sama seperti isteri  kedua atau ketiga atau keempat.

Apa yang perlu anda lakukan sebagai isteri pertama?

1. Emosi sedih anda boleh dilayankan tapi jangan sampai menyiksa diri.. tidak makan, tidak minum dan sebagainya,, bangkitlah...

2. Sekiranya anda mengetahui suami anda ada org ketiga daripada org luar, jgn brtindak melulu menyerbu suami dan menyerang teman wanita suami itu. Tanya kan dahulu sama ada betul atau tidak apa yg telah anda tahu.. Begitu juga kalau anda tahu daripada suami anda sendiri,.

3. Berbincang dengan suami dan bertanyakan, apa kelemahan dan kekurangan diri anda.

4. Pertimbangkan semua komen dan kritikan yang suami lontarkan kepada anda. Jika benar, bertindak utk berubah.

5. Cuba ubah sikap dan penampilan diri atau apa jua yang tidak disukai oleh suami tetapi jangan sampai melampaui batasan syariat..

6. Jika komen suami anda langsung tiada kaitan, pertahankan lah diri anda.  Cuba lah sedaya upaya untuk kembali memikat suami anda.

7. Perkara yang perlu anda elakkan ialah mengapi2 kan suami anda dan mengutuk teman wanitanya, melakukan keganasan fizikal ke atas suami, atau memaki suami.

8. Jalan terakhir sekiranya suami anda bertegas utk berkahwin lagi,  terdapat peruntukan undang2 yang boleh digunakan dan membenarkan anda melawan org ketiga. Caranya :-

=》Anda perlu mengemukakan aduan ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam yang berdekatan dengan tempat anda.
=》Jelaskan dengan terperinci mengenai hubungan suami anda dengan teman wanitanya yang telah memporak-perandakan rumah tangga anda.
=》 Kemukakan segala bukti yang berkaitan dengan hubungan mereka sama ada bentuk SMS atau gambar.
=》 Aduan akan diselidiki dan jika berkaitan,  pertuduhan dan pendakwaan anda akan dilakukan oleh pihak pendakwa, Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan tersebut. 
=》 Sekiranya disabitkan bersalah, lelaki atau wanita yang terlibat akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan. 

9. Sekiranya semua cara diatas tidak berjaya, dan mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan suami anda berpoligami, apa yang perlu anda lakukan adalah :-

* Redha dengan ketentuan Allah s.w.t
* Jangan rasa kehilangan sebab anda bukan kehilangan suami anda, anda hanya berkongsi sahaja.
* Jika suami mampu untuk melaksanakan tanggungjawab nya tanpa mengabaikan hak anda dan anak2,  berserahlah kepada Allah yang Maha Berkuasa, Dia lebih mengetahui akan hikmah disebalik semua ini.
* Jangan sesekali berfikir untuk berpisah kerana tidak sanggup berkongsi kasih. 
* Janganlah melakukan amalan syirik seperti bomoh dan memuja selain Allah. Bersainglah secara sihat.. lakukan yang terbaik untuk suami anda dari segi fizikal dan mental,, sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada suami.. jadi lah yang lebih baik daripada sebelum bermadu kerana ada kes suami cerai dgn isteri nom.2 dan kembali ke pangkuan isteri pertama kerana merasakan isteri pertama lebih memahami. Jadi teruskan usaha pikat hati suami..
* Berikanlah peluang kepada diri anda untuk menerima hakikat perkongsian kasih tersebut.
* Jangan bermusuh dengan madu anda kerana anda dan dia adalah sama seorang isteri kepada seorang lelaki.
* Bantulah suami anda untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. 
* Jika anda mahukan hak anda dipelihara, Peliharakanlah juga hak madu-madu anda.
* Jangan bersikap tamak hingga mengawal semua harta benda kerana itu adalah sikap seorang perampas..jangan jadi perampas.. biar lah teman wanita suami anda saja yang digelar perampas bukan anda,. Okey.. jaga maruah diri,. :*

# PANDUAN BERCINTA DAN BERKAHWIN DENGAN SUAMI ORANG

Perbualan antara si A dengan si B (kaunselor)

A : Salahkah bercinta dengan suami orang?
B : Tidak salah malah dalam fatwa mazhab dan ijmak ulama juga tidak menyatakan bahawa mencintai suami orang adalah suatu kesalahan.  Tetapi yang salahnya kalau wanita itu isteri orang, bercinta pula dengan suami orang. Ha! Yang ni memang salah!!!

Mengapa ada segelintir wanita yang begitu berminat untuk dimadukan atau mudah jatuh cinta dengan suami orang? Hal ini kerana mereka beranggapan :-

1. Rasa cinta yang dirasai sukar untuk dibuang setelah terbina.
2. Mempunyai pekerjaan dan kewangan yang sudah kukuh berbanding lelaki bujang.
3. Suami orang lebih banyak PENGALAMAN.
4. Konon suami orang lebih baik dan lebih berharga
5. Mereka lebih pandai menjaga hati, lebih pandai memikat dan pandai melayan perempuan berbanding lelaki bujang.
6. Ada yang menyatakan lelaki yang sudah berkahwin lebih romantik daripada lelaki bujang.

Orang ketiga dalam sebuah perhubungan memang biasanya dianggap sebagai perampas atau pemusnah kebahagiaan orang lain. Saya faham, anda yang sedang bercinta itu mesti sudah bersedia untuk dimadukan tetapi pernahkah anda terfikir jika anda berada di tempat isteri pertama itu? Apa agaknya yang anda rasa? Kepada gadis dan wanita di luar sana yang sedang berhubungan dengan suami org,  fikir gunakan akal bukan dengan hati. Jangan mudah percayakan kata2 suami org. Anda rasa dia semudahnya akan ceraikan isteri dia kerana memilih anda? Anda rasa semudahnya isterinya membiarkan suaminya main kayu tiga?

Tidakkah anda terfikir yang anda akan dikenakan tindakan undang2 sekiranya isteri pertama membuat aduan di mahkamah?  Maksudnya kat sini, kalau seseorang wanita itu menjadi sebab berlakunya ketidakharmonian perkahwinan orang lain, anda bolen disabitkan melakukan kesalahan jenayah.

Terdapat 3 Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( wilayah2 persekutuan) yang telah  diperuntukan bagi membolehkan sesiapa saja yang ingin memfailkan aduannya  tentang adanya orang ketiga dalam rumahtangga ke muka pengadilan iaitu:-

SEKSYEN 36 - MEMUJUK LARI PEREMPUAN BERSUAMI

"Mana-mana org yg memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa2 cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang di tentukan oleh suami nya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5k atau dipenjarakan selama tempoh tidak termasuk 3 tahun atau kedua-duanya sekali,  dan  Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suami nya."

SEKSYEN 37 - MENGHALANG PASANGAN YANG SUDAH BERNIKAH DARIPADA HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI

" Mana-mana org yg menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2k atau dipenjarakan selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yg sudah bernikah dengan sah."

SEKSYEN 38 - MENGHASUT SUAMI ATAU ISTERI SUPAYA BERCERAI ATAU MENGABAIKAN KEWAJIPAN. 

" Mana-mana org yg menghasut, memaksa atau memujuk mana - mana org lelaki atau org perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab nya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5k atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. 


Kalau anda betul2 yakin dengan pilihan anda ni iaitu untuk bermadu, ni tips untuk anda :-

1. Bersifat jujurlah dan belajarlah untuk ikhlas sejak dari mula anda berkenalan dengan suami orang.

2.  Jangan sesekali menyokong sikap bakal suami anda yang ingin merahsiakan hubungan anda berdua walau apa jua alasan untuk kebaikan masa depan. Anda perlu ingat, kalau bakal suami anda berani menipu isterinya, bermaksud dia juga boleh menipu anda.

3. Berjumpalah bakal madu anda atau diperkenalkan kepada bakal madu anda, terimalah dahulu apa saja luahan perasaannya dan  barulah berterus terang dengannya.

4. Ketepikan rasa bimbang dan risau. Bincanglah secara baik tanpa pergaduhan. Terangkan hasrat hati anda dengan baik.

5. Berusahalah menyakinkan bakal madu anda bahawa anda bukan ingin merampas kasih tetapi hanya ingin berkongsi saja. Ingat! Hati anda kena benar2 ikhlas.

6. Dalam masa yang sama, berdoalah, mohon supaya Allah memudahkan segala urusan anda dan bakal suami anda. 

7. Sekiranya anda telah berusaha , namun hasrat anda masih tidak kesampaian, terimalah dan redhalah. Mungkin ada jodoh yang lebih baik yang sedang menanti anda.. berdoalah yg terbaik.. Allah maha mendengar.. 

P/S :

 Jangan sesekali melakukan perkara terkutuk ( seks luar nikah ) kemudian memaksa isteri sedia ada menerima anda kerana anda telah mengandung anak kepada bakal suami anda.

Kalau hal itu berlaku, jangan salahkan isteri suami anda sekiranya dia langsung tidak dapat menerima anda. Atau anda berjaya pisahkan suami isteri tersebut dengan perkara sebegini..

 Jangan ingat anda menang kerana berjaya meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga orang lain! 

Jangan ingat anda pandai kerana berjaya memisahkan sepasang suami isteri!

Jangan berbangga diri konon anda boleh menjadi ibu yang baik untuk anak2 tiri kerana anda belum tahu bagaimana sebenarnya menjadi ibu.

saya tahu, anda berhak memilih dan membuat keputusan tetapi anda perlu ingat, di dunia ini, bukan hanya anda tetapi masih ada insan lain yang ingin bahagia. Berwaspadalah kepada doa mereka  yang teraniaya,  doanya pasti akan di makbulkn Nya.

# saya bukan anti poligami
#bukan juga penyokong poligami

* ILMU DARIPADA BUKU BUATMU WANITA OLEH SUZANA GHAZALI..

Semoga kita mendapat sedikit ilmu tentang poligami ni.. 

ISLAM MENGGALAKAN POLIGAMI BUKAN MEWAJIBKAN , BUKAN JUGA MENGHARAMKAN PENCERAIAN.


  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: