Tuesday 17 May 2016

Menilai Keserasian Pasangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom semak keserasian hubungan dengan pasangan kita.

Game ini dinamakan The Relationship Rating Form (RRF) yang dicipta oleh Davis (1996). Ianya untuk menilai sejauh mana keserasiaan hubungan antara anda dengan pasangan anda.

Jawapan game ini hanya YA @ TIDAK saja ye...

P/S : jangan memikir terlalu lama bagi setiap soalan. Ia akan menunjukkan anda tidak ikhlas dengan pasangan anda. Sekaligus membuktikan anda GAGAL dalam game ini!!

Sekali lagi, SILA JAWAB SPONTAN YE!!!

Apa lagi...

Jom mula sekarang !!

Start!!

1.       Adakah saya menerimanya seadanya?
2.       Adakah saya sanggup memaafkan kesalahan kecil yang dilakukannya?
3.       Adakah mudah bagi saya untuk memaafkannya?
4.       Pernahkah dia mengecewakan saya?
5.       Adakah saya menghormatinya?
6.       Adakah dia membuat penilaian yang buruk terhadap sesuatu perkara penting?
7.       Adakah dia memberikan kesan yang baik kepada saya?
8.       Adakah dia menjadi asas kepada cetusan idea dan rancangan yang baik?
9.       Adakah saya mempercayainya?
10.   Bolehkah saya bergantung harap kepadanya?
11.   Pernahkah dia lupa akan kebajikan saya?
12.   Pernahkah dia mempergunakan saya?
13.   Adakah saya dan dia berbincang secara terbuka mengenai perkara peribadai?
14.   Adakah saya meluahkan perasaan saya berkenaan  apa-apa perkara kepadanya?
15.   Pernahkah saya merasakan bahawa terdapat sesuatu perkara yang dia tidak akan dapat faham?
16.   Pernahkah saya merasakan bahawa terdapat beberapa perkara berkenaan saya yang dia tidak perlu ambil tahu?
17.   Adakah saya mengetahui jenis manusia apakah dia?
18.   Adakah tingkahlakunya memeranjatkan atau membuatkan saya terfikir akan tingkah lakunya itu?
19.   Adakah saya mengetahui leburukan dan kesalahannya?
20.   Adakah saya mengetahui kisah silamnya?
21.   Adakah saya selalu terfikir-fikirkan tentangnya?
22.   Adakah saya merasakan sesuatu ketenangan dengan hanya melihat atau memerhatikannya?
23.   Adakah saya akan memikirkannya apabila dia tidak bersama dengan saya?
24.   Adakah suatu perkara yang saya lakukan hanya dengannya?
25.   Adakah saya mempunyai perasaan tertentu pada dirinya sahaja dan tidak pada orang lauin?
26.   Adakah saya akan merasa tertipu atau terluka jika dia mempunyai perhubungan dengan orang lain seperti mana perhubungan saya dengannya?
27.   Adakah saya dan dia mempunyai cara yang tersendiri dalam melakukan sesuatu perkara?
28.   Adakah saya mempunyai perhubungan yang rapat dengannya?
29.   Adakah saya mendapati bahawa dia mempunyai tarikan seksual apabila berada bersamanya?
30.   Adakah saya seronok apabila dibelai atau membelainya?
31.   Adakah saya sanggup berkorban untuk meminjamkan sejumlah wang kepadanya?
32.   Adakah dia sanggup berkorban untuk saya apabila saya dalam keadaan bahaya?
33.   Dapatkah dia memberikan yang terbaik untuk saya?
34.   Adakah saya bersedia untuk berkorban untuk nya?
35.   Adakah saya mempercayainya untuk memberikan tanggapan orang lain mengenai diri saya?
36.   Adakah dia akan menyebelahi saya apabila saya terlibat dengan perselisihan faham dengan orang lain?
37.   Bolehkah saya menggunakan nya untuk memperjuangkan kepentingan saya apabila berlaku konflik antara kepentingan saya dengan kepentingan orang ain?
38.   Bolehkah saya mengharapkan dia apabila saya memerlukan pertolongan?
39.   Bolehkah dia mengharapkan kepentingan saya apabila diperlukan?
40.   Adakah dia akan memberitahu pendapatnya yang sebenarnya tanpa mengira dia bersetuju atau pun tidak dengan saya ?
41.   Adakah saya akan memberitahu pendapat saya yang sebenarnya tanpa mengambilkira pendapatnya?
42.   Adakah saya bahagia dengan perhubungan saya bersamanya?
43.   Adakah perhubungannya dengan saya telah memenuhi keperluan saya?
44.   Adakah perhubungan saya dengannya merupakan suatu kejayaan?
45.   Adakah saya seronok melakukan sesuatu perkara dengannya berbanding dengan orang lain?
46.   Adakah saya seronok melakukan kerja dengannya di mana jika sebaliknya saya tidak akan merasa seronok?
47.   Adakah saya gembira bersamanya?
48.   Adakah dia mempunyai perasaan yang sama terhadap saya sebagaimana saya terhadapnya?
49.   Adakah dia mengambil berat berkenaan saya?
50.   Adakah saya merasakan bahawa dia mengambil berat berkenaan saya  sebagaimana saya mengambil berat berkenaan dirinya?
51.   Adakah dia membuatkan saya rasa diri saya ini berguna dan istimewa?
52.   Adakah dia membuat saya merasa bangga denagan diri saya?
53.   Pernahkah saya bergaduh dengannya?
54.   Pernahkah dia melayan saya secara adil?
55.   Pernahkah saya dengannya mengalami situasi ketegangan?
56.   Pernahkah saya merasakan bahawa saya tidak pasti berkenaan perasaan saya terhadapnya?
57.   Adakah dia terlalu banyak mengambil masa saya?
58.   Adakah saya merasakan bahawa diri saya terperangkap dalam perhubungan dengannya?
59.   Adakah saya berbincang mengenai perhubungan kami berdua secara mendalam dan dari hati-ke hati?
60.   Adakah saya dan dia cuba untuk menyelesaikan masalah yang timbul antara diri kami berdua?
61.   Adakah saya cuba mengubah sesuatu tentang diri saya demi memperbaiki hubungan kami berdua?
62.   Adakah saya komited dengan  perhubungan saya dengannya?
63.   Adakah dia pasangan hidup idaman saya?
64.   Adakah saya yang sering memulakan sesuatu perbualan atau setiap kali berkomunikasi?
65.   Adakah dia komited dengan perhubungan kami berdua?
66.   Adakah saya menjangkakan hubungan kami akan berkekalan?
67.   Adakah dia jenis yang berterus terang dalam sesuatu perkara?
68.   Pernahkah dia memaksa saya berbuat sesuatu yang tidak saya suka atau tidak saya mahu lakukan?
69.   Pernahkah saya memaksa dia untuk melakukan sesuatu yang dia tidak mahu lakukan?
70.   Adakah terdapat keadilan dalam perhubungan kami berdua?

-          Tamat   -

Anda telah berjaya menghabiskan game kat atas, so, jom kita nilai pula berdasarkan jawapan yang anda dah jawab tadi..

·         Sekiranya jawapan anda adalah YA bagi kesemua soalan tadi, maka itu menunjukkan perhubungan anda berdua sangat hebat. Kadang-kadang ada tenang, kadang-kadang ada gelora. Anda berdua saling membantu dan menyokong pasangan anda. Anda juga berusaha untuk ada ketika si dia memerlukan anda dan anda juga ada ketika si dia memerlukan anda. Tindakan dan percakapan yang jujur antara anda berdua telah membuahkan kebahagiaan dan kejayaan dapat perhubungan. Hal ini juga menunjukkan anda berdua saling mengenali antara satu sama lain..TAHNIAH!!

·         Sekiranya jawapan anda adalah YA bagi semua soalan KECUALI SOALAN 4, 6, 11, 12, 15, 18, 19, 56, 57, 58,66 dan 67,  syabas !! Anda  telah bertemu pasangan yang serasi dengan anda. Namun begitu, masih banyak yang perlu anda pelajari atau ambil tahu tentang dirinya. Binalah perhubungan yang baik dengan pasangan anda kerana anda akan lebih selesa bersama dengannya.

·         Sekiranya jawapan YA bagi SOALAN 4, 6, 11, 12, 15, 18, 19, 56, 57, 58,66 dan 67 SAHAJA, anda perlu berhati-hati dengan pasangan anda. Mungkin dia bersama anda hanya untuk kepentingan peribadinya sahaja atau atas sebab lain yang memungkinkan dia bersama anda. JUST BE CAREFUL ,OKEY.. :*

Semoga  game ini dapat bantu kita untuk membuat keputusan dengan lebih teliti dalam memilih pasangan hidup kita.. In shaa Allah...

# Info daripada buku Soal Jawab Perkahwinan oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Noralina Omar.. terima kasih bagi ilmu perkahwinan ni.. J

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: