Thursday 26 May 2016

Wanita : Jom Kenali Diri Anda ( BHG. 6 - Kenali Payudara Anda)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sambungan dari entry http://solehahkahaku.blogspot.my/2016/05/wanita-jom-kenali-diri-anda-bhg-5.html .. :)

kali ini saya akan berkongsi mengenai payudara wanita. khas untuk pengetahuan wanita terutama sekali adik-adik gadis kita.. :)

seperti yang kita sedia maklum, wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang unik. Perbezaaan antara lelaki dan wanita dari segi bentuk badan dan perwatakan.


Anatomi Payudara

Payudara adalah organ yang penting bagi kaum wanita kerana payudara ini mampu mengeluarkan air susu yang diperlukan oleh bayi. Payudara wanita disebut sebagai glandula mammaria yang juga merupakan alat reproduksi tambahan. Setiap padudara terletak pada sisi sternum dan terletak pada fascia superficialis dinding rongga dada di atas musculus pectoralis major berbentuk tonjolan setengah bola dan mempunyai ekor (cauda) dari jaringan yang meluas hingga ke ketiak atau axilla yang disebut sebagai cauda axillaris spence.

Ukuran payudara berbeza bagi setiap individu dan bergantung pada stadium perkembangan dan umur. Biasanya salah satu payudara akan mempunyai ukuran yang lebih besar berbanding payudara yang lain dan ada kajian yang menyatakan bahawa biasanya wanita normal payudara mereka sebelah kanan lebih besar sedikit berbanding payudara sebelah kiri mereka. bentuk, saiz dan warna payudara biasanya dikesan melalui genetik masing-masing. 1 @ 2% wanita yang memiliki lebihan payudara di badan mereka.

wanita dengan 3 payudara

Payudara tersusun atas jaringan kelenjar dan mengandungi sejumlah jaringan lemak yang ditutupi oleh kulit. Jaringan kelenjar ini dibahagi menjadi 18cm jarak yang dipisahkan secara sempurna satu sama lain oleh lembaran jaringan fibrosa. Struktur dalamnya dikatakan menyerupai segmen buah anggur atau jeruk yang dibelah.

Lebihan tisu payudara ataupun puting biasanya akan timbul di sepanjang garisan susu. Terdapat segelintir wanita yang hanya mempunyai puting sahaja ataupun tisu payudara tanpa puting ataupun kedua-duanya sekali. contoh seperti dibawah :

jenis-jenis payudara

Payudara tanpa puting ini tidak mengganggu penyusuan kerana adakalanya tisu payudara akan membesar semasa wanita itu hamil atau menyusukan. kelahiran anak pertama dan berikutnya akan membantu puting menjadi timbul dan fleksibel.

Di bawah adalah keterangan mendalam tentang payudara wanita..

Puting
  •  tempat keluarnya susu yang dihasilkan oleh payudara dan dikenali sebagai papilla mammae
  • terletak di tengah-tengah pusat areola
  • secara puratanya puting susu akan mempunyai  7 - 10 bukaan bagi mengeluarkan susu
  • saiz puting biasa adalah kurang daripada 2 cm iaitu dalam lingkungan 1.6cm
  • ketinggian lebih kurang 0.7 cm dan panjangnya kira-kira 6mm
  • permukaannya berlubang-lubang berupa ostium papillare kecil-kecil yang merupakan muara ductus lactifer.
  • saiz puting akan membesar semasa wanita hamil dan menyusukan bayi
  • puting mempunyai duktus susu, sel-sel saraf dan sel-sel otot yang menjadikan puting lebih fleksibel dan kelihatan timbul apabila terima ransangan.
Areola
  • daerah lingkaran yang berwarna gelap bagi wanita yang berkulit coklat, berwarna merah bagi wanita yang berkulit cerah dan warna tersebut akan menjadi lebih gelap pada waktu hamil.
  • terdiri daripada kulit yang longgar dan mengalami pigmentasi dan masing-masing payudara bergaris tengah kira-kira 2.5 cm di sekeliling puting.
  • purata saiz areola ini 6.4 cm tetapi saiz ini tidak sama bagi setiap wanita.
  • ia menjadi sasaran bayi untuk mula menyusu
  • tisu areola ini amat anjal bagi memastikan bayi mudah melekapkan mulutnya dengan betul semasa menyusu.
Kelenjar Montgomery
  • terletak pada areola
  • berfungsi untuk mengeluarkan cecair untuk mengelakkan kawasan puting dan areola menjadi kering
  • ia juga merembeskan faktor-faktor yang menghalang pertumbuhan bakteria pada puting
  • terdapat lebih kurang 10 kelenjar montgomery tapi ia berlainan bagi setiap wanita.
  • ia mengeluarkan sejenis bau yang mampu menggalakan bayi bergerak ke arah puting dan menghisap secara efisien.
Alveolus
  • sel yang menghasilkan dan menyimpan air susu.
  • sel ini diumpamakan seperti gugusan buah anggur yang mempunyai ruang kosong di tengah nya. susu yang dihasilkan akan dirembeskan melalui ruang tengah yang kosong itu.
  • alveolus dikelilingi oleh sejenis sel otot (myeopithelial cell) atau disebut sebagai sel keranjang (basket cell) atau sel labah-labah (spider cell) bagi menolak susu keluar dari permukaan alveolus. Apabila sel-sel ini diransang oleh oksitosin akan berkontraksi sehingga mengalirkan air susu ke dalam ductus lactifer 
Duktus susu
  • gabungan bukaan-bukaan kecil alveolus untuk membentuk duktus kecil.
  • mempunyai lubang keluar pada puting susu
  • membentuk sistem pengaliran susu yang bersimpang siur dan bercabang-cabang yang dipanggil ductus lactifier.
  • jumlah ductus adalah sama pada payudara kiri dan kanan
  • duktus ini sangat senang dihimpit di sekitar puting
  • tekanan dalam jangka masa yang lama dapat mengakibatkan duktus tersumbat.
Sel-sel lemak
  • terletak di bawah kulit payudara iaitu diantara alveolus dan tisu kelenjar dan di bahagian belakang payudara.
  • setiap wanita memiliki jumlah sel lemak yang berbeza dan ia menentukan saiz payudara sama ada besar atau kecil
  • perlu diingat, sel -sel lemak tidak mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan. maksudnya, tidak semestinya payudara besar menghasilkan banyak susu untuk bayi.
Cooper's Ligament
  • tisu yang menyokong payudara ke bahagian dada. 
  • dipengaruhi oleh elastin yang dikeluarkan semasa hamil
  • fungsinya meregang dan memanjangkan bentuk payudara wanita
Saluran darah dan saraf
  • setiap alveolus dikelilingi oleh saluran darah yang halus dan bersimpang siur
  • salur darah membekalkan nutrien pada payudara
  • saraf pula mengesan rangsangan pada payudara dan menghantar kepada otak untuk merembeskan hormon-hormon yang diperlukan oleh payudara untuk menghasilkan susu.

Perkembangan payudara sejak dari dalam kandungan, mencapai usia akil baligh dan ketika menjadi wanita hamil.

Dari Dalam Kandungan

  1. bermula seawal bulan pertama dalam kandungan kepada janin dimana 2 garisan susu terbentuk di sepanjang permukaan, dari ketiak sehingga ke celah paha.
  2. Alveolus, Areola dan puting payudara telah terbentuk apabila janin bermur 3 bulan sehingga 4 bulan dalam kandungan.
  3. saluran-saluran duktus terbentuk hingga janin berumur 8 bulan
  4. bermula sejak janin berumur 8 bulan sehingga cukup matang usia janin, tisu payudara janin akan terbentuk dan bertambah sehingga 4 kali ganda daripada berat asalnya.
  5. puting dan areola terus berkembang dan berwarna gelap.

Semasa mencapai usia baligh
  1. sebelum baligh, tiada perubahan yang ketara sejak bayi sehingga kanak-kanak , namun setahun sebelum baligh akan ada tanda-tanda seperti payudara membesar sedikit dan nyilu di bahagian puting payudara.
  2. selepas baligh, hormon estrogen dan progestron memainkan peranan besar dan juga hormon-hormon lain.
  3. pada umur 10-12 tahun, duktus-duktus mula membesar dan bercabang dan lama-kelamaan membentuk alveolus dan sistem kelenjar.
  4. pada setiap kitaran haid, perkembangan dan tumbesaran duktus dan sistem kelenjar susu pasti akan berlaku.
  5. perkembangan payudara berlaku secara pesat sehingga gadis berumur 16 tahun dan kemudian berterusan secara perlahan sehingga usia 30 tahun.
P/S : ni pesanan untuk adik-adik, jangan lakukan sebarang aktiviti tidak bermoral semasa proses perubahan payudara ni ( maksud  di sini, seks ringan ) kerana ransangan yang terlalu awal sebelum tumbesaran payudara secara semula jadi akan menyebabkan kecederaan pada kelenjar penyusuan sehingga mungkin akan menyebabkan pertumbuhannya terbantut. kecederaan ini termasuklah kemalangan yang melibatkan kecederaan dibahagian payudara atau pembedahan dada tak kira sama ada pembedahan plastik ataupun menjalani rawatan radioterapi dibahagian dada. hal ini mungkin akan menyebabkan adik-adik mengalami masalah kekurangan susu apabila dewasa kelak kerana tiadanya kilang susu yang mencukupi.

Semasa hamil
  1. tumbesaran dan perkembangan fungsi payudara akan lengkap setelah wanita itu hamil dan menyusu.
  2. saiz payudara akan membesar pada peringkat awal kehamilan, payudara dan puting menjadi lebih sensitif.
  3. puting dan areola menjadi lebih gelap, kulit payudara kelihatan nipis dan salur-salur darah mula kelihatan di atas payudara
  4. saiz areola dan kelenjar montgomery juga semakin membesar.

Puting Terbalik.





  • hanya 3 % wanita yang mengalami puting terbalik.
  • cara untuk mengetahui puting terbalik atau puting normal adalah seperti di bawah..
tekan areola kira-kira satu inci daripada puting dan lihat sama ada puting terkeluar atau tidak. 

p/s : puting yang normal akan timbul sebaik sahaja melakukan ujian ini. sekiranya puting tidak timbul (flat nipple) atau mengalami puting terbalik (inverted nipple) atau dengan kata lain puting tersebut tidak timbul malah ia makin tenggelam ke dalam..

Anda boleh mencuba ujian untuk inverted nipple / puting terbalik ini :-

Teknik pertama

teknik urutan..
urut bahagian areola 'keatas dan bawah' dan 'ketepi' 


Teknik kedua


Teknik guna picagari
1. potong sedikit bahagian depan picagari
2. terbalik kan picagari
3. lekapkan bahagian lubang picagari ke bahagian puting yang tenggelam.
4. tarik di hujung picagari sehingga puting terkeluar..

ni contoh picagari yang dah dipotong dan diterbalikkan


Teknik ketiga


NIPPLE ASPIRATOR
Teknik Nipple Aspirator
1. sambungkan picagari pada niplette.
2. letak di atas puting sambil tangan kiri menekap niplette manakala tangan kanan menarik picagari untuk memberi tekanan udara pada nipple dan membantu nipple untuk timbul. Apabila nipple telah timbul, tarik picagari ke bawah perlahan-lahan dan lepaskan picagari.
3. tinggalkan niplette di atas nipple beberapa ketika dan tanggalkan setelah nipple terkeluar..



P/S : sekiranya ketiga-tiga teknik ini tidak menjadi, dapatkan bantuan pakar atau kaunselor laktasi supaya anda dapat melakukan penyusuan untuk bayi anda. 















  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: