Posts

Showing posts from August, 2016

Tinta cinta si pipit buat si enggang

Terbanglah kau wahai enggang kelabu..
Sebarkan rasa keliruku..
Biar dunia itu tahu..
Sampai satu tahap..
Rasa kecewa itu..
Terlalu akrab dengan diriku..
Menyedarkan kau akan..
Hilang nya aku..
Agar kau tahu..
Tika,.
Airmata itu mulai kering..
Kolam hati sudahpun kontang..
Kotak fikiran menjadi usang..
Langkahku atur terasa kosong..
Tutur bicara kian menyepi..
Jangan...
Jangan kau biarkan..
Aku retak,,
Retaknya aku..
Bermakna..
Kau takkan mampu..
mencantumkan semula aku..
Kini..
Aku telah menguatkan semula..
Tiap sendiku..
Bekerja penuh syahdu..
Mengasah pena..
Menjilat tinta..
Atas rasa cinta..
Aku hamparkan..
Kata penuh makna..
Menjadi nukilan...
Merentas masa..
Kerana aku sedar..
Akulah..
Pipit pembatas waktu,,

Nama-nama isteri Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum dan salam sejahtera. .Lama dah tak update..  rindu tak blog ni? Hehehe..Kali ni nak list sikit nama para isteri Nabi Muhammad s.a.w. .Supaya kita ambil tahu sikit ttg kaum keluarga baginda.. Hah.. nah.. Ni listnya.. :)1. Siti Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zam'ah
3. Aisyah binti Abu Bakar
4. Hafsah binti Umar
5. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan
6. Ummu Salamah Hindun binti Umayyah
7. Zainab binti Jahsy
8. Juwairiyah binti Al-Harith
9. Maimunah binti Al-Harith
10. Safiyyah binti Haiy Ibni Akhtab
11. Zainab binti Khuzaimah ( Ummul Masakin)
12. Fatimah binti Al-Dhahhak
13. Usaf Ukhtu Dihyah Al-Kalbi
14. Khaulah binti Huzail
15. Asmaa' binti Ka'ab Al-Jauniyah
16. Umaimah
17. Aliah binti Zhibyan
18. Bintu Al-SaltBleh la kalau nak letak nama anak2 guna nama2 isteri baginda,, Semoga akhlaknya juga seperti akhlak para isteri Rasulullah s.a.w. ., aamiin,, :*