Tuesday 11 October 2016

Cara mencari titik persefahaman antara suami isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1.       Tidak mengharapkan pasangan kita menjadi seratus peratus seperti yang kita inginkan.


2.       Bertimbang rasa dan menerimanya seadanya.


3.       Melihat kebaikan pasangan lebih daripada keburukannya.


4.       Tidak terlalu memfokuskan perkara yang remeh temeh.


5.       Buat perubahan diri sendiri melebihi daripada mengharapkan pasangan yang berubah.


6.       Kurangkan mencari cacat cela pasangan.


7.       Banyakkan muhasabah diri dan beristighfar sekiranya mengalami masalah rumahtangga.


8.       Fikirkan perkara yang positif


9.       Gunakan kewarasan minda untuk membuat keputusan berbanding menggunakan emosi.


10.   Elakkan mengadu domba dan membuat kritikan mengenai pasangan kepada orang lain.


11.   Menghargai apa yang kita miliki.


12.   Fahami diri sendiri untuk memahami pasangan.


13.   Sentiasa memberikan kemaafan kepada pasangan.


14.   Merendahkan ego dan sentiasa memohon kemaafan daripada pasangan.


Sumber  : Buku Keluarga Menuju Syurga

  ~ i'Ll LoVeD u 4 a ThOuSaNd YeArS ~

No comments: